Senarai Drama Melayu terbaru yang menarik untuk ditonton pada bulan januari 2022:


1. Derhaka Cinta Jebat (Slot Widuri TV1)


Episod : 26
Hari : Isnin-Khamis
Masa : 6.00 Petang
Pelakon : Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Ikmal Amry

Sinopsis : mengisahkan Jebat Zulkarnain yang memperisterikan Aisyah Humaira kerana mahu membalas dendam kerana menyangka gadis itu telah menyebabkan adiknya, Tuah ditimpa kemalangan sehingga lumpuh. Aisyah cuba bertahan dengan perkahwinan tersebut kerana cintanya pada Jebat namun akhirnya mengalah dan menjauhkan diri daripada Jebat.


2. Shakira (Slot Akasia TV3)


Episod : 28
Hari : Isnin-Jumaat
Masa : 7.00 Malam
Pelakon Janna Nick. Shukri Yahaya, Khai Bahar

Sinopsis : Shakira menjadi penyanyi busker secara sambilan untuk menampung kehidupan dan pengajiannya di kolej. Shakira kemudiannya bertemu dengan Amir yang pada mulanya mereka sering bergaduh dan tidak sependapat tapi masing-masing mula jatuh cinta.


4. Kau Cipta Kasih (Slot Samarinda TV3)


Episod : 15
Hari : Isnin-Khamis
Masa : 10.00 Malam
Pelakon : Uyaina Arshad, Nazim Othman, Nafiz Muaz, Fify Azmi, Amanda Amry

Sinopsis : sebuah kisah kekeluargaan dan percintaan tentang empat beradik yang menjadi mangsa keadaan kerana kepincangan yang berlaku dalam keluarga mereka.


4. Ex Aku Pontianak (Astro Ria)


Episod : 10
Hari : Rabu
Masa : 9.30 Malam
Pelakon : Ikmal Amry, Raysha Rizrose, Elizabeth Tan

Sinopsis : Malik seorang playboy yang kini dalam ketakutan apabila diburu bekas kekasihnya, Bella yang identiti sebenarnya adalah pontianak. Malik meminta bantuan seorang bomoh bernama Suraya untuk menyelamatkan diri dari menjadi mangsa pontianak.


4. Bunga Hati (Slot Megadrama Astro Ria)


Episod : 20
Hari : Isnin-Khamis
Masa : 10.00 Malam
Pelakon : Intan Najuwa, Redza Rosli, Erwin Dawson

Sinopsis : mengisahkan cinta tiga hati antara Dilaila, Amer dan Joshua. Dilaila yang terlalu memendam rasa, Amer yang menderita kerana cinta dan Joshua yang tulus ikhlas dalam mencintai.


5 Maryam Qistina (TV Okey)


Episod : 26
Hari : Selasa-Sabtu
Masa : 2.30 Petang
Pelakon : Eleena Sui, Ikhram Juhairi

Sinopsis : Qistina seorang yang kuat dalam mengharungi kehidupan sebagai wanita bekerjaya bersama suami dan anaknya. Namun pelbagai halangan terpaksa ditempuhi Qistina kerana ketamakkan dan nafsu manusia di sekelilingnya.


6. Dukun Diva (Astro Citra)


Episod : 8
Hari : Isnin
Masa : 9.00 Malam
Pelakon : Nadia Aqilah, Eyka Farhana

Sinopsis : Che Yah yang terpaksa menjaga anak buahnya, Lola buntu kerana tidak mempunyai duit dan nyawanya diancam bahaya jika tidak membayar hutang Ah Long dalam masa terdekat. Lola mendapat idea dan mereka bergabung menjadi dukun penipu untuk mendapatkan hasil yang lumayan.


7. Oh My Hantaran (Slot Diandra TV9)


Episod : 20
Hari : Isnin-Jumaat
Masa : 8.30 Malam
Pelakon : Elisya Sandha, Noki K-Clique, MK K-Clique

Sinopsis : Mira bercinta dengan dengan Mail namun hubungan mereka tidak direstui oleh ayah Mira yang mahu menjodohkan anaknya dengan Rizal yang mempunyai kelulusan universiti. Ayah Mira telah menetapkan hantaran sebanyak RM 51000, Mail yang ikhla mencintai Mira berusaha mengumpulkan duit, dalam masa yang sama Rizal juga bersumpah untuk mendapatkan Mira walau apa pun yang berlaku.


Selamat Menonton!