Kampong Pisang Bersiri-Siri sebuah drama siri premium Astro Original bergenrekan komedi seram dari pengarah terkenal, Mamat Khalid. Ilham drama bersiri ini sebenarnya dari francais filem blockbuster iaitu Kampung Pisang. 

Masih mengekalkan Kampung Pisang sebagai latar belakang lokasi dan juga watak-watak yang cukup sinonim dengan francais ini kembali mengamatkan suasana Kampong Pisang Bersiri-siri.


Barisan Pelakon & Watak Kampong Pisang Bersiri-Siri

  • Kazar Saidi - Pak Din
  • Bell Ngasri - Barkoba
  • Aziz M Osman - Pak Jabit
  • Dewa Sapri - Cik Purnama
  • Mat London - Pak Karim
  • Ahmad Yasin - Yasin
  • Rashid Othman - Faguha Jabar
  • Adi Afendi - Madi
  • Nizam Mokram - Mok
  • Avaa Vanja - Cik Nab Kezambo
  • Nazeera Sardi - Cik Chun
  • Afea Deanna - Yah Kuchai
  • Messalini - Cempaka

Senarai Episod Kampong Pisang Bersiri-Siri
  • Episod 1 - Toyol Oh Toyol
  • Episod 2 - Monyet Rempit
  • Episod 3 - Serigala Jadian Bahagian 1
  • Episod 4 - Serigala Jadian Bahagian 2
  • Episod 5 - Orang Minyak
  • Episod 6 - Husin Kembali Bersama Zombie Bahagian 1
  • Episod 7 - Husin Kembali Bersama Zombie Bahagian 2
  • Episod 8 - Hutan dan Penunggunya
  • Episod 9 - Lailasari Mak Kak Limah
  • Episod 10 - Pomcom Kampong Pisang
  • Episod 11 - Alam Pak Din Bahagian 1
  • Episod 12 - Alam Pak Din Bahagian 2
  • Episod 13 - Alam Pak Din Bahagian 3 (Akhir)

Kampong Pisang Bersiri-Siri mengisahkan kerukunan penduduk Kampong Pisang dalam menyelesaikan masalah dan kesepakatan mereka menjaga rukun tetangga dari dipengaruhi anasir luar. Setiap episod menyajikan jalan cerita menarik daripada unsur seram, mistik, tahyul dan sains fiksyen. diselitkan juga pebagai elemen-elemen ikonik dari filem arahan Mamat Khalid dari Zombi Kampung Pisang hinggalah Lebuhraya Ke Neraka.

Kampong Pisang Bersiri-Siri mula ditayangkan pada 7 Disember 2021 sehingga 8 Mac 2021 di Astro Citra. Selain itu, boleh juga ditonton menerusi Astro Go atau OnDemand.

Sumber : Astro