Info & Sinopsis Drama AI.5YA di VIU Malaysia

Saksikan Siri VIU Original, A15YA yang ditayangkan mulai 18 Ogos 2022, di platform penstriman Viu Malaysia (viu.com) yang menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Mia Sara Shauki an Afdlin Shauki.

Info Drama AI.5YA

  • Produksi : Petra Vision Works
  • Pengarah : Afdlin Shauki
  • Siaran : VIU
  • Mula Tayangan : 18 Ogos 2022
  • Masa : Khamis (2 Episod)
  • Episod : 10
  • Durasi : 30 minit
  • Genre : Komedi, Sci-Fi

Pelakon Drama AI.5YA

  • Zizan Razak sebagai Jehan
  • Mia Sara Shauki sebagai AI.5YA
  • Afdlin Shauki sebagai Dato Soffaruddin Al Sogod
  • Elly Ariffin sebagai Maya
  • Emma Sofea sebagai Iman

Info & Sinopsis Drama AI.5YA

Jehan seorang YouAllsTube terkenal dengan content 'prank'. Disebabkan content prank yang melampau, Jehan kehilangan kru-krunya sekaligus tidak dapat meneruskan content tersebut.

Sebagai ganti, Dato Soffar memberikan dana kepada Jehan untuk mengaturkan pemberian android serba boleh bagi membantu kerja penggambaran.

Robot yang sepatutnya tiba kepada Jehan adalah AI.4MAN yang telah diprogramkan untuk membantu dalam pembikinan content namun mereka telah tersalah hantar sebuah robot pembantu, AI.5YA.

Oleh sebab itu, Jehan membuat keputusan untuk memprogramkan semula robot tersebut untuk dijadikan pelakon dan kru serba boleh bagi membantu Jehan menerbitkan content yang diingininya.