Gadis Manis merupakan satu platform program realiti masakan terbaru yang disiarkan setiap hari jumaat jam 11.00 pagi di saluran TV Okey. Seramai 13 orang selebriti Malaysia ini akan membuktikan kebolehan mereka dalam menghidangkan pelbagai menu yang menarik dan sedap untuk dikongsikan dengan peminat.

Dala setiap episod, seorang selebriti akan digandingkan bersama peminat mereka dan diberikan tugasan untuk menyediakan dua menu iaitu manisan tempatan dan antarabangsa dalam masa yang ditetapkan. Segala aksi dan kepakaran mereka di dapur akan dinilai penonton dan juga Chef Fazley di studio. 

Nantikan kemunculan Zara Zya, Ruhainies, Nabila Asyiqin, Marsha Milan, Farah dan Satria, Hana Ismail, Ezzaty Abdullah, Arianna Natasha, Nadiya Nisaa, Aishah Azman, Lia Natalia, Fify Azmi dan Afifah Nasir. Namun lebih menarik selebriti pilihan setiap minggu bakal beradu kepakaran memasak dengan peminat yang diundang ke studio.

Antara menu yang disediakan untuk dinilai markahnya iaitu cheesekut kopi dan kek kopi, puding mentega roti, chocolate truffles dan bom alaska, kek pan coklat dan bebola ubi kayu, puding krim kelapa dan marshmallow coklat bar dan ile flottante.

Turut dipertandingkan menu burnt cheese cake dan biskut krim keju, biskut red velvet badam dan kek badam, puding karamel dan brownies, fried honey banana dan honey baked cheesecake, blueberry yogurt cake dan strawberry yogurt pie, white chocolate chewy brownies dan white chocolate muffin juga biskut lemon bersama jem buah naga dan kek keju bersama hirisan lemon blueberry.

Siapakah lagi hebat antara selebriti atau peminat bila di dapur? Nantikan jawapannya dalam Gadis Mans di TV Okey. Gadis Manis juga boleh ditonton menerusi portal online RTM Klik.

Sumber : RTM