Pencarian Juara Agrotek bermula 3 Februari ini yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) setiap Khamis, pukul 4.05 petang menerusi saluran TV1.

Sepanjang 13 episod, program realiti TV pertanian dan penternakan yang pertama di Malaysia diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) ini dengan kerjasama PTV Media Sdn Bhd ini sebagai usaha baharu kementerian mempromosi sektor pertanian kepada anak muda. Pada masa sama melalui rancangan ini dijangka dapat mempromosi dan menarik minat belia serta mengubah persepsi yang dianggap 3D iaitu kotor, berbahaya dan sukar.

Menampilkan Bell Ngasri sebagai hos, program berdurasi setengah jam bagi setiap episod bakal menyaksikan 12 peserta berusia antara 20 hingga 40 tahun bersaing merebut gelaran juara yang membawa pulang wang tunai RM10,000.

Mengambil kira kepentingan semasa sektor pertanian terutama ketika berhadapan dengan COVID-19, program ini sememangnya cuba ditonjolkan untuk menarik perhatian awam terutama dalam kalangan anak-anak muda yang mungkin selama ini kurang mengambil tahu berkenaan pertanian.

Bukan sekadar berhibur, program realiti ini mengajak golongan belia negara kita mendapatkan info dan maklumat dari segi konteks tanaman, dari segi konteks ternakan, untuk mereka menceburi dalam bidang sektor ini.

Antara yang diberi tumpuan bagi membuktikan bahawasanya pertanian di negara ini boleh pergi jauh di mana majoriti yang menceburi bidang keusahawanan ini tidak ramai berpendidikan pertanian. Malah penganjuran program ini dilihat mampu menjawab kekeliruan orang ramai isu berkaitan halal haram produk ternakan.

Nantikan kemunculan penyanyi Ayu Damit yang turut bertanding dalam program ini. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda boleh menonton melalui portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) atau muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Sumber: RTM