Layangan Putus merupakan sebuah drama siri web Indonesia yang ditayangkan mulai 26 Januari 2022 di platform streaming online WeTV. Drama arahan sutradara Benni Sentiawan ini mempunyai 10 episod secara keseluruhannya yang berdurasi 40 minit dan tamat tayanganan pada 22 Januari 2022.

Uniknya, Layangan Putus diangkat dari kisah benar yang pernah viral di media sosial dan kemudiannya memberi inspirasi kepada penulis Mommy ASF menerbitkan novel berrjudul Layangan Putus.

Pelakon Indonesia terkenal, Reza Rahadian digandingkan dengan Putri Marino dan Anya Geraldine sebagai watak utama dalam drama ini.

Layangan Putus mengisahkan Kinan (Putri Marino) yang cuba mempertahankan rumah tangganya setelah mencurigai suaminya Aris (Reza Rahadian) bermain kayu tiga dibelakangnya. Pada awalnya, Kinan tidak percaya suaminya berlaku curang kerana Aris pada pandangannya seorang suami dan ayah yang penyayang. 

Namun semua berubah apabila Kinan menemui bukti Aris mempunyai kekasih gelap dan mengancam perkahwinannya ibarat layang-layang putus tanpa arah tujuan. Adakah Kinan mampu mempertahankan rumah tangganya?

Saksikan kesemuanya dalam Layangan Putus di laman rasmi atau download aplikasi WeTV.