Big Stage kembali dengan musim keempat dengan menampilkan 11 bakat baru Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) yang mewakili tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia. Big Stage 2022 akan disiarkan secara langsung mulai 6 Februari 2022, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria atau strim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.


Alif Satar dan Sherry Al Hadad masih lagi kekal menjadi pengacara pentas utama Big Stage 2022 manakala bagi Gempak TV pula, Isha Norsham dilantik sebagai hos untuk program kapsul Studio Big Stage.

Untuk program Big Stage Live Plus pula, Muna Bella (Personaliti ERA) dan Haiqal (Thinker Studios) akan digandingkan bersama yang mana akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Setelah berehat dalam musim ketiga, Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali menyertai barisan panel juri bersama komposer terkenal, Ajai sebagai juri tetap buat kali kedua untuk musim ini.


Big Stage 2022 masih mengekalkan format asal penjurian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu berdasarkan pemarkahan oleh barisan panel juri dan undian peminat secara online. Untuk bahagian pertama, 100% keputusan ditentukan oleh panel juri yang akan menilai para bintang berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan sewaktu persembahan mingguan.

Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK. Bintang yang mendapat undian terendah akan disingkirkan.

Bagi menyuntik pembaharuan segar agar lebih telus, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.


Senarai Peserta Big Stage 2022:

1. YAZMIN AZIZ
Tarikh Lahir : 10 Oktober 2001
Umur : 21
Asal : Kuala Lumpur

2. TUAH ADZMI
Tarikh Lahir : 7 September 1998
Umur : 24
Asal : Ampang, Selangor

3. TEGAR SEPTIAN
Tarikh Lahir : 18 September 2001
Umur : 21
Asal : Jawa Barat, Indonesia

4. SYAFIQ ABDILAH
Tarikh Lahir :  4 November 1999
Umur : 23
Asal : Brunei

5. SOFIAA MARIEYLLA
Tarikh Lahir : 1 Ogos 2000
Umur : 22
Asal : Kuala Lumpur

6. MEGAT RAHIM
Tarikh Lahir : 18 April 2002
Umur : 20
Asal : Sungai Buloh

7. LIA AZIZ
Tarikh Lahir : 27 Januari 2003
Umur : 19
Asal : Kuala Lumpur

8. ELICA PAUJIN
Tarikh Lahir : 20 November 1999
Umur : 23
Asal : Tambunan, Sabah

9. DANIAL CHUER
Tarikh Lahir : 3 April 2001
Umur : 21
Asal : Tawau, Sabah

10. AJOI ZAINAL
Tarikh Lahir : 12 Mac 1998
Umur : 23
Asal : Klang

11. AISHA RETNO
Tarikh Lahir : 1 Ogos 2000
Umur : 22
Asal : Kuala Lumpur 


Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam, masing-masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.

Jangan lupa saksikan Big Stage 2022 yang akan disiarkan secara langsung selama lapan minggu pada setiap hari Ahad jam 9 malam mulai 6 Februari 2022. Untuk info,pelanggan NJOI boleh menonton secara percuma konsert minggu pertama yang bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (105).

Sumber: Astro Gempak