Anugerah Meletop Era (AME) untuk kali kelapan edisi 2021 kembali dan pastinya anugerah yang ditunggu-tunggu oleh peminat mahupun golongan artis dan selebriti industri hiburan Malaysia. 

Dengan tema 'Fresh Black Tie' dengan slogan 'Yang Fresh, Yang Legend' menyaksikan Nabil Ahmad dan Jihan Muse diberikan kepercayaan sebagai pengacara utama manakala Sherry Al Hadad sebagai pengacara bersama untuk AME 2021.

Satu kelainan baru ditampilkan untuk edisi kali ini apabila kategori utama akan diadili oleh juri profesional. Pendekatan ini diambil bagi mendapatkan keputusan yang adil kepada semua pihak.

AME 2021 mempertandingkan sebanyak 15 buah kategori utama dimana calon TOP 5 dalam setiap kategori yang dipertandingkan iakan dipilih berdasarkan undian tertinggi oleh peminat dan penonton seterusnya pemenang dari TOP 5 akan diadili juri profesional.

Pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM5,000 beserta trofi manakala pemenang undian paling tertinggi iaitu Anugerah Utama Top Top Meletop Lelaki dan Wanita akan memenangi hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

Anugerah Meletop ERA, AME2021 diadakan pada hari Ahad, bersamaan 30 Januari 2022 bermula jam 9 malam bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan secara langsung melalui saluran Astro Ria. Peminat juga boleh menyaksikan AME 2021 secara live melalui youtube Astro Gempak dan portal onlina Sooka.

Sumber: Astro