Malaysia terkenal sebagai syurga makanan, pelbagai variasi citarasa dapat ditemui kerana pengaruh penduduknya yang berbilang kaum dan bangsa. Selain nasi lemak, laksa juga boleh dikatakan menu yang paling popular. Setiap negeri di Malaysia mempunyai versi laksa mereka sendiri.
Jom lihat antara menu laksa yang ada di Malaysia:
1. Laksa Utara
Laksa Utara merangkumi negeri di sebelah utara semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Penang dan juga Perak. Selalunya ikan kembung/termenung atau ikan selayang digunakan sebagai bahan utama dalam kuah. Kalau dilihat dari rupa hindangan laksa nampak sama sahaja tapi ada perbezaan versi laksa setiap negeri ini.
Laksa Penang menggunakan asam jawa,petis udang dan nanas menjadikan kuahnya lebih ringan dan masam. Laksa Kedah menggunakan belacan di dalam kuah dan daun selom pula sebagai hiasan bersama timun, hirisan bawang dan limau kasturi.
Laksa Perlis pula kuahnya agak pekat dan berlemak menjadikan rasanya lebih unik dan dihidang bersama pulut udang. Manakala Laksa Perak, kuahnya sedikit cair selain menggunakan mi berasaskan gandum.
2. Laksa Kelantan
Laksa Kelantan atau dikenali juga sebagai laksam, menggunakan mi kukus yang diperbuat daripada bancuhan tepung gandum dan tepung beras.
Kuahnya pula menggunakan santan menjadikan warna kuah lebih putih rasa berlemak dan dihidangkan bersama kerabu ulaman dan sambal menjadikan rasanya lebih sedap untuk dinikmati.
3. Laksa Nyonya (Melaka)
Laksa Nyonya dikatakan berasal dari orang cina peranakan yang berhijrah ke Tanah Melayu dan terkenal dengan rasanya yang berlemak dan masam. kuahnya sedikit berbeza apabila menggunakan air rebusan ayam direneh bersama daun kesum dan bunga kantan.
Biasanya dimakan dengan mi kuning atau bihun dan dihidangkan bersama campuran sayuran, taufu kering dan sambal tumis sebagai penambah rasa.
4. Laksa Johor
Laksa Johor menggunakan ikan parang dan kuahnya nampak lebih kemerahan kerana menggunakan rempah kari. Keunikan Laksa Johor apabila menggunakan spaghetti bukan mi laksa seperti negeri lain dan dihidangkan di dalam pinggan bersama hirisan timun, kacang panjang, bawang, daun selasih, lobak masin, limau kasturi, tauge, sambal belacan.
5. Laksa Sarawak
Laksa Sarawak pernah dimasak oleh salah seorang peserta Masterchef Australia 2014 menjadikan hindangan ini sangat popular. rasanya sangat berbeza dengan laksa yang ada di Semenanjung Malaysia kerana rasanya berempah dan berherba memberikan pengalaman berbeza. pendek cakap, siapa yang belum cuba Laksa Sarawak, wajib try menu ini!
Kredit Gambar : Google
1 Comments
Saya pernah makan 3 jenis je.. laksa johor, penang dan melaka.. tak pernah dapat try lagi 2.. lapo la pulak tetiba haha
ReplyDeletePost a Comment