Info dan Sinopsis Drama Aku Yang Kau Sakiti di TV3

Saksikan drama Aku Yang Kau Sakiti lakonan Rita Nadira, Zamarul Hisham dan Redza Rosli mulai 1 Ogos 2023 pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam di Samarinda TV3.

Info Drama Aku Yang Kau Sakiti

  • Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd
  • Pengarah : Riza Baharudin
  • Penulis Skrip : Farhana Fauri
  • Siaran : TV3
  • Tayangan : 1 Ogos 2023
  • Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
  • Episod : 20
  • OST/ Lagu Tema : Buat Ku Setia (Syah Putra & Hariz Fayahet)

Pelakon Drama Aku Yang Kau Sakiti

  • Rita Nadira sebagai Amanda
  • Redza Rosli sebagai Rykal
  • Zamarul Hisham sebagai Tuan Zaki
  • Fify Azmi sebagai Bella
  • Aleza Shadan sebagai Puan Mazwin
  • Jasmin Hamid sebagai Mak Su
  • Iman Suhana sebagai Sara
  • Syazwan Zulkifly sebagai Faris
  • Zazly Baginda sebagai Encik Rasyid
  • Syazuwan Hassan sebagai Shahrul
  • Natasya Mahyan sebagai Cika
  • Anies Hann sebagai Mia
  • Ain Yasmin sebagai Suzana

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Sakiti

Amanda seorang anak yatim piatu dan apabila dewasa, Amanda bekerja dengan Tuan Zaki sebagai pembantu kepada anaknya Bella yang juga kawan baik Amanda.

Amanda sebenarnya merancang untuk membalas dendam kepada Tuan Zaki yang menyebabkan keluarganya musnah. Dalam masa yang sama, Rykal yang sudah lama menyimpan perasaan pada Amanda cuba menasihatkan Amanda supaya gadis itu tidak terus menghancurkan dirinya kerana dendam.

Dapatkah Amanda membalas dendam kesumat terhadap ayahnya kepada Tuan Zaki? Atau kehadiran Rykal bakal mengubah persepsi Amanda dan perasaan ini akan mekar menjadi cinta?