Resepi Sup Tulang Ala Thai ni sangat mudah tanpa guna perencah gerenti menjadi dan sedap. Untuk dapatkan tulang yang betul-betul perlu ambil masa yang lama untuk merebus tulang tersebut tapi semua sangat mudah dan pantas apabila menggunakan pressure cooker, pressure cooker yang saya guna ini dari jenama Primada.


Bahan-Bahan:
  • minyak masak
  • tulang daging
  • 2 ulas bawang putih (dihiris mayang)
  • 1/2 bawang holland/besar (dihiris mayang)
  • 2 tangkai serai (dititik)
  • air secukupnya
  • 1 biji limau nipis (diperah jus)
  • 1 batang saderi (dipotong serong)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • daun sup (dipotong halus)
  • daun bawang (dipotong halus)
  • secubit ladang hitam
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:
  1. Dengan pressure cooker tekan butang fry, masukkan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, dan serai. tumis sehingga naik bau.
  2. masukkan air dan kemudian masukkan tulang daging. tutup periuk pressure cooker dan tekan butang cancel kemudian pilih butang menu Tendon. automatik tulang tersebut akan direbus selama 30 minit.
  3. selepas selesai, buka penutup periuk pressure cooker dan set semula ke mode Fry. kemudian masukkan sos ikan, lada hitam, tomato, cili padi.
  4. perasakan dengan garam dan gula. akhir sekali masukkan jus limau, daun sup dan daun bawang.
  5. Kacau seketika dan sudah siap untuk dihidang.

Kredit Resepi : Geng Makan

Selamat Mencuba 😊