Info & Sinopsis Filem Tiga Janda Melawan Dunia di Netflix

Tiga Janda Melawan Dunia sebuah filem aksi komedi yang menampilkan Khatijah Tan, Raja Azura dan Normah Damanhuri, kini boleh ditonton melalui platform penstriman Netflix Malaysia.

Info Filem Tiga Janda Melawan Dunia

  • Produksi : Multimedia Entertainment, Directors Think Tank
  • Pengarah : Hyrul Anuar
  • Penulis Skrip : Nazri Vovinski
  • Siaran : Netflix
  • Tayangan : 19 Mei 2022
  • Genre : Aksi, Komedi

Pelakon Filem Tiga Janda Melawan Dunia

  • Khatijah Tan sebagai Midah
  • Normah Damanhuri sebagai Rohayu
  • Raja Azura sebagai Ani
  • Norman Hakim sebagai Aiman Zalini
  • Rosnah Mat Aris sebagai Datin Martipah
  • Ellyza Azizi sebagai Ana
  • Abbas Mahmood sebagai Fikri
  • Taqim Zaki sebagai Don Daniel
  • Razif Hashim sebagai Alpasino
  • Taufiq Izmer sebagai Amat
  • Anuar Hamid sebagai Pak Brahim
  • Maya DFKL sebagai Mak Timah

Sinopsis Filem Tiga Janda Melawan Dunia

Midah, Rohayu dan Ani adalah tiga janda yang tinggal di sebuah kampung dan merupakan peminat tegar penyanyi Aiman Zalini. Apabila beliau mengumumkan persaraannya dan bakal mengadakan konsert terakhir buat peminatnya, ketiga-tiga janda berusaha untuk mengumpul duit untuk membeli tiket konsert. Pelbagai usaha mereka lakukan namun masih belum berjaya.

Setelah mendapat inspirasi daripada seorang peniaga di kampung, akhirnya mereka menghasilkan perisa vape dengan bantuan seorang pembantu makmal. Perisa yang mereka hasilkan mendapat sambutan hangat namun malangnya perisa vape mereka ini mendapat perhatian pengedar dadah. Hal ini kerana perisa vape mereka boleh menghentikan ketagihan dadah. Di dalam kegirangan mereka untuk ke konsert tanpa mereka sedari kini mereka diburu!