Info & Sinopsis Drama Adakah Engkau Menungguku di Lestary TV3

Saksikan Drama Adakah Engkau Menungguku lakonan Adam Lee dan Wanna Ali yang bersiaran mulai 29 September 2022, setiap hari rabu hingga sabtu pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3.

Info Adakah Engkau Menungguku

  • Produksi : OrangeTree Production
  • Pengarah : Azmi Hata
  • Penulis Skrip : Anina Sahal, Amin Shakib, Eja Lorena
  • Siaran : TV3
  • Mula Tayangan : 29 September 2022
  • Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
  • Episod : 15
  • OST/Lagu Tema : Aziz Harun - Sayang Kau Tercipta

Pelakon Adakah Engkau Menungguku

  • Wanna Ali sebagai Ariana
  • Adam Lee sebagai Ikmal Hanafi
  • Neera Azizi sebagai Lara Sofea
  • Farhan Asri sebagai Azman Malek
  • Nabil Aqil sebagai Reza
  • Syafi Tee sebagai Zain
  • Wani Kayrie sebagai Tina
  • Bella Astillah sebagai Maya
  • Sherry Ibrahim sebagai Maksu Aini
  • Wan Nor Azlin sebagai Datin Fauziah

Sinopsis Adakah Engkau Menungguku

Impian Ariana untuk mengahwini Azman setelah 8 tahun bercinta terhenti apabila Azman diasak oleh keluarganya untuk berkahwin dengan pilihan mereka dan Azman terpaksa aku dengan pilihan orang tuanya.

Ikmal yang sudah puas mengembara dan mempunyai perniagaannya sendiri di sini enggan mengikut teman wanitanya Sofia ke Australia. Walaupun dipujuk beberapa kali, Ikmal tetap dengan pendiriannya kerana sudah bertahun dia meninggalkan ibu dan tak sanggup biarkan mereka yang sudah tua dan perlukan perhatian.

Ariana kecewa dengan sikap Azman yang tidak berusaha untuk mempertahankan cinta mereka. Ariana pergi menenangkan diri ke sebuah restoran namun tiada tempat kosong untuknya. Ariana dan Ikmal berebut meja dan akhirnya terpaksa berkongsi kerana meja lain dah penuh. 

Ariana memandang lkmal yang hanya menundukkan kepala membaca mesej di telefon bimbitnya. Apabila pelayan menghantar makanan yang sama kepada mereka, Ariana dan Ikmal saling berpandangan. Adakah itu suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?