Info & Sinopsis Drama China Mr Bad

Shen Yue kembali dengan drama terbarunya bertajuk Mr Bad bersama bintang yang semakin meningkat naik, Chen Zhe Yuan. Mr Bad sebuah drama romantik komedi dan fantasi yang akan memulakan siaran pada 30 September 2022 dan boleh ditonton melalui platform penstriman, iQiyi Malaysia.

Info Drama Mr Bad

  • Pengarah : Lee Ching Jung
  • Siaran : iQIYI
  • Tayangan : 30 September - 9 Oktober 2022
  • Episod : 24
  • Durasi : 45 minit
  • Genre : Romantik, Komedi, Fantasi

Pelakon Drama Mr Bad

  • Chen Zhe Yuan sebagai Xiao Wu Di
  • Shen Yue sebagai Nan Xing
  • Luo Ming Jie sebagai Lu Zi Chen
  • Qu Jing Jing Ye Qing
  • Guo Xiao Tian sebagai Xiao Hao
  • Dong Xuan sebagai An Ni Na 
  • Shao Feng Lu sebagai Zhen Liang
  • Wang Zi Jian sebagai Zhen Xian Zi
  • Sissi Yin sebagai Xi Xi
  • Zhao Si Mei sebagai Hu Jiao Jiao
  • Zhao Xuan sebagai He Xiao Chu

Sinopsis Drama Mr Bad

Nan Xing seorang gadis muda yang gemar menulis pada masa lapangnya. Nan Xing sedang menulis sebuah kisah mengenai zaman dahulu iaitu watak antagonis yang bernama Xiao Wu Di seorang pemuda yang handal berlawan, sangat licik dan pandai memanipulaskan keadaan.

Suatu hari ketika dalam kesedihan, Nan Xing telah membuat hajat supaya Xiao Wu Di akan muncul dan menyelamatkannya. Apa yang dihajatinya tercapai apabila Xiao Wu Di tiba-tiba muncul di hadapan Nan Xing dan tinggal di dunia nyata. Sejak hari itu, Xiao Wu Di akan sentiasa menolongnya ketika dia memerlukan bantuan.

Di saat, Xiao Wu Di mula jatuh cinta pada Nanxing, keadaan menjadi semakin sulit dan serabut. Adakah seorang lelaki jahat yang wujud dalam imaginasi Nan Xing akan menjadi romeo di hatinya? atau akan kekal sebagai 'Mr Bad' seperti namanya?