Info & Sinopsis Drama Sekali Lagi Cinta Kembali di Akasia TV3

Saksikan Drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang bersiaran mulai 13 September 2022, setiap hari isnin hingga jumaat, pukul 7.00 malam di slot Akasia TV3. Sekali Lagi Cinta Kembali diadaptasi dari novel karya Anna Milia, dibintangi oleh Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim

Info Sekali Lagi Cinta Kembali

  • Produksi : A.Aida Production
  • Pengarah : Riza Baharudin
  • Penulis Skrip : Rehal Nuharis 
  • Siaran : TV3
  • Mula Tayangan : 13 September 2022
  • Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
  • Episod : 28
  • OST/Lagu Tema : Hariz Fayahet - Ku Cuba

Pelakon Sekali Lagi Cinta Kembali

  • Aniq Suhair sebagai Hayyat
  • Siti Khadijah Halim sebagai Aira
  • Zaki Azeman sebagai Zafran
  • Siti Hariesa sebagai Amirah
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Aida
  • Kismah Johar sebagai Neksom
  • Izzendra sebagai Alisa
  • Nina KSC sebagai Tasha
  • Raja Azmi sebagai Badariah
  • Kuza Muzani sebagai Rozita
  • Ellyas Abdullah sebagai Imran
  • Shatirah Amanda sebagai Hanna
  • Syamim Farid sebagai Heliza
  • Lan Zailan sebagai Haji Azli
  • Kael (Michael Lean) sebagai Firdaus
  • Mohd Taha Ab Wahid sebagai Dato Azly
  • Jefri sebagai Nik Ramly

Sinopsis Sekali Lagi Cinta Kembali

Aira seorang gadis yang lantang bersuara tanpa berfikir dahulu. Selepas melakukan kesilapan mengambil alih tugas kaunselor secara tiba-tiba sewaktu ketiadaan Doktor Halina di pusat kaunseling, Aira secara tidak sengaja telah mengeruhkan keadaan dan mengakibatkan Alisa dan Zafran bercerai kerana nasihatnya. 

Oleh kerana Zafran terlalu marah, dia telah mendesak Aira untuk mengganti rugi keadaan itu dengan bekerja di rumahnya sebagai penjaga Nek Som yang pelupa dan mengidap penyakit jantung.