Info & Sinopsis Drama Tiada Maaf Buatmu di Astro Ria

Saksikan drama Tiada Maaf Buatmu lakonan Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson yang bersiaran mulai 28 September 2022, setiap hari isnin-khamis pukul 10.00 malam di Megadrama Astro Ria.

Info Tiada Maaf Buatmu

  • Produksi : Suhan Movies & Trading
  • Pengarah : Idora Abdul Rahman
  • Penulis Skrip : Azilah Wahab, Intan Zarina Mohd Yasin
  • Siaran : Astro Ria 104
  • Mula Tayangan : 28 September 2022
  • Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
  • Episod : 24
  • OST/Lagu Tema : Hael Husaini - Sama Seperti Dulu

Pelakon Tiada Maaf Buatmu

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Faiz Iqbal
  • Zahirah Macwilson sebagai Aina Cempaka
  • Hafreez Adam sebagai Mohsin
  • Sofia Dendroff sebagai Suzy
  • Watie Sadali sebagai Mariam
  • Wan Raja sebagai Burn
  • Haleeda sebagai Mak Safiah
  • Josiah Hogan sebagai Rashid
  • Dato Jalaludin Hassan sebagai Tan Sri Berahim
  • Hilal Azman sebagai Pak Malek
  • Wanns Ahmad sebagai Black
  • Ummar Dzariff sebagai Faiz
  • Zamarul Hisham sebagai Dato Mazlan

Sinopsis Tiada Maaf Buatmu

Aina Cempaka yang pernah menjadi mangsa serangan seksual lima tahun dahulu, akibat daripada kegagalan abangnya dalam melangsaikan hutang dengan Black, seorang pemilik kelab malam. Disebabkan kejadian itu, Aina Cempaka menjadi depresi selama berbulan-bulan. Dia berlari ke sebuah jambatan untuk melepaskan geram tetapi terjatuh ke bawah dan terhentak di permukaan batu. 

Kehilangan Aina Cempaka menghasilkan khabar angin bahawa dia membunuh diri dan sudah meninggal. Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Aina Cempaka sebenarnya koma dan keguguran. Dia juga hilang kesemua ingatannya.

Selepas kejadian itu, Aina Cempaka pergi ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan yang baharu dan tinggal bersama Suzy. Dia juga menerima tawaran untuk bekerja di Ibunda Corporation sebagai pembantu peribadi Faiz Iqbal. Sejak itu, kerja-kerja Faiz Iqbal menjadi semakin terurus, membuatkan dia lebih bersemangat untuk ke pejabat. 

Lama-kelamaan, Faiz Iqbal menaruh hati kepadanya kerana dia berasa selamat apabila Aina Cempaka menjaganya memandangkan Aina Cempaka mempunyai perwatakan yang lasak dan ada ilmu mempertahankan diri. Bukan itu sahaja, Aina Cempaka juga menjaga solatnya. Secara tidak langsung Faiz Iqbal semakin tertarik dengannya tanpa mengetahui hubungan kisah silam dan kaitan antara mereka berdua sebelum ini.

Siapakah Faiz Iqbal sebenarnya kepada Aina? Mampukah mereka bersama di sebalik sejarah hitam masing-masing? Nantikan jawapannya dalam drama Tiada Maaf Buatmu.