Info & Sinopsis Drama China My Deepest Dream

My Deepest Dream sebuah drama romantik, thriller dan fantasi yang diadaptasi dari novel popular karya Ding Mo yang bersiaran mulai 1 Oktober 2022 di platform penstriman, WeTV Malaysia. My Deepest Dream menampilkan gandingan Li Yi Tong dan Jin Han sebagai teraju utama.

Info Drama My Deepest Dream

  • Pengarah : Yu Chung Chung, Cai Cong
  • Penulis Skrip : Fan Kan, Xu Peng Peng
  • Siaran : WeTV
  • Tayangan : 1 - 21 Oktober 2022
  • Episod : 30
  • Durasi : 45 minit
  • Genre : Thriller, Romantik, Fantasi

Pelakon Drama My Deepest Dream

  • Li Yi Tong sebagai Tan Jiao
  • Jin Han sebagai Wu Yu
  • Jenny Zeng sebagai Zhuang Yu
  • Wang Zi Rui sebagai Shen Shi Yan
  • Lu Yu Xiao sebagai Wu Miao
  • Fan Jin Wei sebagai Zhu Yu Tong
  • Zhao Yuan Yuan sebagai Zhu Ji Rui
  • Flora Wu sebagai Chen Ru Ying
  • Rui Wei Hang sebagai Chen Xing Jian
  • Lucas Liu sebagai Zhou Wei

Sinopsis Drama My Deepest Dream

Tan Jiao dan Wu Yu bertemu dan jatuh cinta ketika bercuti dalam kapal persiaran. Selepas pulang dari percutian tersebut, mereka telah hilang ingatan. Wu Yu hilang memorinya beberapa hari ketika pelayaran tersebut manakala Tan Jiao telah hilang memorinya selama setahun.

Wu Yu yang merupakan pelajar cemerlang dengan masa depan yang cerah kini kehidupannya telah berubah apabila adiknya telah dibunuh. Wu Yu kini bekerja sebagai mekanik kereta dalam masa yang sama menyiasat dan mencari pembunuh adiknya.

Wu Yu kemudiannya bertemu kembali dengan Tan Jiao dan mereka mengalami pengalaman yang aneh apabila mengembara beberapa kali merentasi masa untuk mencari memori mereka yang hilang dan menyelesaikan segala misteri yang berlaku.