Info & Sinopsis Drama Wanita Milik Tuan Putra di Akasia TV3

Saksikan drama Wanita Milik Tuan Putra yang bersiaran mulai 21 Oktober 2022, setiap hari isnin hingga jumaat pukul 7.00 malam di Akasia TV3.

Wanita Milik Tuan Putra sebuah drama adaptasi novel karya Aunie Ayunie dan dibintangi oleh Hisyam Hamid, Intan Najuwa dan Sherry Ibrahim

Info Wanita Milik Tuan Putra

  • Produksi : OrangeTree Production
  • Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
  • Siaran : TV3
  • Mula Tayangan : 21 Oktober 2022
  • Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
  • Episod : 28

Pelakon Wanita Milik Tuan Putra

  • Hisyam Hamid sebagai Tuan Putra Anaqi 
  • Intan Najuwa sebagai Bunga Zinnirah 
  • Sherry Ibrahim sebagai Tengku Tania

Sinopsis Wanita Milik Tuan Putra

Bunga dihalau keluar oleh bapa angkatnya, Dato’ Azka apabila mendapati Bunga bersama lelaki lain di dalam bilik! Bunga tiada tempat untuk berteduh. Namun, dengan bantuan Tuan Putra, Bunga dapat menumpang di rumahnya bersama pembantu rumah iaitu, Mak Jah dan Pak Jais.

Insiden yang berlaku kepada Bunga membuatkan Putra berasa simpati membuat dirinya akur untuk berkahwin dengan Bunga atas desakan Dato’ Azka. Di mana ada cinta, di situ ada benci. Tania, kakak tiri kepada Putra tidak merestui perkahwinan mereka kerana sudah lama menyimpan perasaan terhadap Putra

Lama kelamaan, hubungan mereka semakin erat dan Putra mula menyedari bahawa cintanya terhadap Bunga semakin mekar. Adakah sesuatu bakal mengancam hubungan mereka? Atau cinta mereka dapat dipertahankan hingga akhir hayat?