Info & Sinopsis Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem TV3

Saksikan Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem lakonan Fauziah Nawi, Fasha Sandha, Elisya Sandha dan Syafie Naswip pada hari sabtu pukul 10.00 malam di Cerekarama TV3.


Info Mencari Siratul Mustaqeem

  • Produksi : Zamriez Golden Pictures
  • Pengarah : Hashim Rejab
  • Siaran : TV3
  • Tayangan : 2 Julau 2022
  • Masa : Sabtu  10.00 Malam
  • Pelakon : Fauziah Nawi, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Aidil Aziz, Syafie Naswip, Fadilah Mansor

Sinopsis Mencari Siratul Mustaqeem

Hadijah hidup bahagia bersama anak cucunya. Tiada apa lagi yang dipinta tetapi kebahagiaan keluarga. Dia juga mahu tumpukan perhatian pada ibadah dan mencari Siratul Mustaqeem. Namun, ujian melanda Hadijah apabila anak-anak ditugaskan berjauhan dan hanya pulang sekali sekala. Lebih teruk lagi apabila pandemik Covid-19 melanda Malaysia dan PKP dilaksanakan.

Anak-anaknya yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan (frontliner) tidak dapat balik dan dia dicengkam kesepian. Ditambah dengan hasutan jirannya Senah yang menyakitkan hati dan membandingkan dengan anaknya yang kaya dan dapat hidup bersama.

Situasi ini membuatkan Hadijah sedih namun kehadiran Ali dan keluarga kecilnya memberi sinar kepada Hadijah dan dapatlah beliau menumpang kasih sayang.