Info & Sinopsis Drama Cinta Hilang Kata di Astro Prima

Saksikan Drama Cinta Hilang Kata menggantikan drama Dendam Seorang Isteri mulai 18 Julai 2022, setiap hari isnin hingga jumaat pukul 6 petang di slot Tiara Astro Prima.

Cinta Hilang Kata sebuah kisah kehidupan dan perjuangan Nurul Masmin untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya dan kebahagiaan rumah tangga tetapi perlu menghadapi bantahan daripada keluarga, perkahwinan yang tidak membuahkan hasil yang indah dan cinta yang tidak pernah ada.

Info Drama Cinta Hilang Kata

  • Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
  • Pengarah : Kyoll Hamzah
  • Adaptasi Novel : Cinta Hilang Kata karya Lily Haslina Nasir
  • Siaran : Astro Prima 105
  • Mula Tayangan : 18 Julai 2022
  • Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
  • Episod : 40
  • Lagu Tema/OST : Bahagiakan Dia - Shila Amzah & Liza Hanim

Pelakon & Watak Drama Cinta Hilang Kata

  • Sophia Albarakbah sebagai Nurul Masmin
  • Shahz Jaszle sebagai Rain Akhtar
  • Iqram Dinzlysebagai Amirul
  • Nelissa Nizam Sabirah
  • Liza Abdullah sebagai Jah Gayah
  • Hariz Hamdan sebagai Zaili

Sinopsis Drama Cinta Hilang Kata

Nurul Masmin yang menjadi seorang pengarang yang dikenali ramai ketika di universiti dengan sokongan teman lelakinya, Rain Akhtar. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila ibunya bertegas agar dia berkahwin dengan Amirul, anak kepada Jah Gayah iaitu seorang pengasuh, dengan pujukannya. Nurul mengikuti hasrat ibunya dan meneruskan perkahwinan itu, tanpa meyedari bahawa perkahwinan itu sebenarnya adalah sebuah penipuan Jah Gayah untuk mengambil kekayaan keluarganya.

Jah Gayah sangat bencikan Nurul kerana cintanya pada ayah Nurul tidak berbalas. Perkahwinan kepada Nurul hanyalah pembukaan jalan kepada Jah Gayah untuk hidup dalam kemewahan semata-mata. Sepanjang perkahwinannya, Nurul tidak pernah berasa bahagia kerana semua yang dia lakukan adalah untuk menjaga hati ibunya sahaja.

Setelah kematian ibunya, Nurul tekad untuk bercerai. Tindakannya itu membuatkan Jah Gayah meradang. Nurul pula menderita akibat terkena sihir yang dilakukan oleh ibu Sabirah, rakan sekerjanya yang cemburu dengan kehidupannya. Mujur Nurul mempunyai rakan baik seperti Ezra, Wanie dan Deena yang sentiasa ada disisinya.

Rain pula tidak putus asa mengejar cinta Nurul. Nurul sering mengelak kerana trauma dengan apa yang pernah berlaku dan dia juga tidak mahu di gelar perampas. Bolehkah Nurul Masmin mencari cinta semula? Adakah kehidupannya akan menjadi bahagia?