Saksikan kesinambungan The Maid 2 dengan kisah yang lebih dramatik dan penuh misteri pada setiap hari rabu pukul 9.30 malam di Astro Ria.

The Maid 2 masih mengekalkan barisan pelakon dari musim pertama seperti Sherry Alhadad, Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin dan Norman Hakim. Musim terbaru juga memperkenalkan watak-watak baru yang dilakonkan oleh Marsha Milan, Sean Lee, Yuna Rahim dan Aniq Suhair.


Info The Maid 2

  • Pengarah : Michael Ang, Hadith Omar
  • Penulis Skrip : Sham Hashim, Nazri Vovinski
  • Siaran : Astro Ria (104)
  • Mula Tayangan : 6 Julai 2022
  • Masa : Rabu | 9.30 Malam
  • Episod : 12

Pelakon & Watak The Maid 2

  • Sherry Alhadad sebagai Suhana
  • Datin Seri Paduka Eina Azman sebagai Nadia
  • Ezzaty Abdullah sebagai Fika
  • Marsha Milan sebagai Qina
  • Norman Hakim sebagai Jay
  • Yuna Rahim sebagai Kiambang
  • Eida Moin sebagai Kak Mel
  • Nabil Aqil sebagai Remy
  • Sean Lee sebagai Dean
  • Hazeeq Dean sebagai Inspektor Kasri
  • Aniq Suhair sebagai Sa’abon

Sinopsis The Maid 2

The Maid 2 mengisahkan Suhana, Nadia dan Fika yang baru sahaja diceraikan oleh Jay selepas Jay mengahwini Qina, isterinya yang paling baharu dan muda. Situasi mereka bertambah buruk apabila harta mereka telah berpindah milik kepada Jay setelah Jay berjaya memperdayakan mereka untuk menandatangani satu surat. Justeru, Suhana, Nadia dan Fika mula berbaik dengan satu sama lain dan merancang untuk membalas dendam kepada Jay.

Jay dan Qina pergi bercuti di sebuah resort yang terletak di Pulau Dao. Resort itu baru sahaja diambil alih oleh Qina. Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori Jay ke resort itu dengan senyap untuk membunuhnya. Ketika mereka berada di resort, mereka terserempak dengan Remy yang kini bekerja sebagai Ketua Pengawal Keselamatan. Remy berasa hairan kerana mereka semua check in ke dalam hotel itu menggunakan identiti palsu. Namun, sebelum mereka sempat melaksanakan perancangan untuk membunuh Jay, Jay telah ditemui mati di kolam renang resort itu.

Situasi bertambah buruk apabila resort itu diarahkan untuk tutup dan dikawal dengan ketat supaya tiada sesiapa pun dapat melarikan diri ketika siasatan dijalankan. Keadaan menjadi lebih bahaya apabila mereka semua turut diancam oleh pembunuh misteri.

Siapakah pembunuh misteri pada kali ini?