Info & Sinopsis Telefilem Amshar Bukan Asha di Astro Citra

Saksikan telefilem Amshar Bukan Asha lakonan Naim Daniel pada Hari Raya Aidiladha ini di Astro Ria sebuah kisah yang sarat dengan emosi mengenai kasih sayang seorang anak kepada ibunya.

Info Telefilem Amshar Bukan Asha

  • Produksi : I Fabulous Art Media & Event
  • Pengarah : Eyra Rahman
  • Idea Asal : Shouq Mohamad
  • Penulis Skirp : Siti Jasmina
  • Siaran : Astro Ria 104
  • Tayangan : 10 Julai 2022
  • Masa : Ahad | 10.00 Pagi

Pelakon & Watak Telefilem Amshar Bukan Asha

  • Naim Daniel sebagai Amshar/Asha
  • Farah Ahmad sebagai Puan Asmah
  • Emma Sofea sebagai Yam
  • Syazwan Zulkifly sebagai Mazlan
  • Haidar Hasanudin sebagai Sahar
  • Raff Roslee sebagai Amirul
  • Sahronizam Noor sebagai Rusli

Sinopsis Telefilem Amshar Bukan Asha

Amshar Bukan Asha mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja yang diberi nama timangan Asha. Asmah, ibu kepada Asha amat menyayanginya. Dari kecil Asmah lebih senang melihat anaknya berperwatakan lembut dan sopan. Setiap pemakaian anaknya ditentukan mengikut kemahuannya dari hujung rambut ke hujung kaki. Asha hanya menuruti sahaja permintaan ibunya.


Walaupun mengharungi pelbagai liku kehidupan, Asha tetap tabah menjadi dirinya dan menjaga hati ibunya sebaik mungkin kerana dia amat menyayanginya. Namun, perwatakan lembut Asha itu bukanlah dirinya yang sebenar. Asha berperwatakan lembut seperti itu kerana diasuh ibunya sejak kecil lagi atas kebencian ibunya terhadap lelaki kerana pernah menjadi mangsa dera suaminya, iaitu ayah kepada Asha.