Info & Sinopsis Telefilem Lebai Sampan di Astro Citra

Saksikan telefilem Lebai Sampan lakonan Jalil Hamid, Que Haidar dan Beto Kusyairy sempena Hari Raya Aidiladha pada 9 Julai 2022, pukul 10.00 malam di Astro Citra.

Info Telefilem Lebai Sampan

  • Produksi : Gambo TV
  • Pengarah : Zainorhisyam Samudin
  • Siaran : Astro Citra 108
  • Tayangan : 9 Julai 2022
  • Masa : Sabtu | 10.00 Malam
  • Pelakon : Jalil Hamid, Que Haidar, Beto Kusyairi, Ruminah Sidek, Puteri Balqis, Haidin Nasir

Sinopsis Telefilem Lebai Sampan

Telefilem Lebai Sampan menceritakan kisah luar biasa seorang Lebai yang terperangkap di antara memenuhi rukun Islam yang terakhir di Mekah serta menjaga kakaknya yang berusia 75 tahun yang mana juga seorang yang buta penglihatan.

Ianya mengisahkan tentang Ngah Omar juga dikenali sebagai Lebai Sampan yang menelan hakikat kehidupan di antara dua sempadan “hasrat” dan “takdir”.

Dihubungkan dua sempadan itu dengan dayungan kasih hakiki bersama kakaknya yang buta Zaleha, Hatta dianggap seperti anak dan Dian yang menumpang teduh ciri kebapaannya.

Semua dilakukan Lebai Omar dengan satu niat, persiapan jiwa untuk menunaikan fardhu Haji. Hal yang selalu diimpikan walau tiada kemampuan. Imej Mekah dalam simpanan di kamera 3D yang menjadi ubat segala kerinduan.