Saksikan kesinambungan drama Ratu Ten Pin 2 : Shalin yang dibarisi barisan pelakon sepeti Jasmine Suraya, Elisya Sandha, Yusuf Bahrin, Nazim Othman, Syaidatul Husna dan ramai lagi pada setiap hari isnin hingga khamis pukul 11.00 malam mulai 11 Julai 2022 di Astro Ria.

Info Ratu Ten Pin 2 : Shalin

  • Produksi : JS Pictures Sdn Bhd
  • Pengarah : Azman Yahya (Jinggo)
  • Siaran : Astro Ria (104)
  • Mula Tayangan : 11 Julai 2022
  • Masa : Isnin-Khamis | 11.00 Malam
  • Episod : 20

Pelakon & Watak Ratu Ten Pin 2 : Shalin

  • Jasmine Suraya sebagai Shalin
  • Yusuf Bahrin sebagai Azidi
  • Elisya Sandha sebagai Norma
  • Nazim Othman sebagai Arief
  • Wani Kayrie sebagai Suzana
  • Nasz Sally sebagai Nurin
  • Sheila Rusly sebagai Maria
  • Syaidatul Afifah sebagai Sandra

Sinopsis Drama Ratu Ten Pin 2 : Shalin

Diinspirasikan daripada kisah kehidupan ratu boling negara, Shalin Zulkifli, ‘Ratu Ten Pin 2: Shalin’ mengisahkan perjuangan, cabaran dan keperitan yang perlu dilalui oleh Shalin, ahli baharu pasukan boling negara dalam perjalanannya untuk menjadi juara dunia.

Mem Maria menjemput Shalin menyertai pasukan boling negara kerana kagum melihat kebolehannya. Setelah melihat kebolehan ahli baharu pasukan negara itu, Norma dan Sandra mula mencemburui kebolehan Shalin dan berpura-pura berbaik dengannya. Mereka berhasrat untuk menjatuhkan Shalin kerana merasakan diri mereka terancam dengan kehadirannya.