Seiring dengan sambutan ulangtahun yang ke-76 pada 1 April ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 3 April depan, menghadirkan program terbaharu “TAPAU SHOW #KasiViral”, bual bicara santai tentang dunia hiburan serta mencungkil cerita artis dan penggiat seni pelbagai genre.
Bersiaran secara langsung setiap Ahad, pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di TV2, antara daya tarikan dibawakan dalam program ini percubaan menampilkan gandingan Afieq Shazwan dan Nen Tebabo, penyampai radio NEGERIfm sebagai hos.
Sepanjang 26 episod siarannya, program terbitan Nur Azwa Prachuap Puapan, Unit Hiburan TV RTM ini turut mengetengahkan pendapat dan idea daripada panel-panel undangan terdiri daripada nama-nama baharu dalam industri hiburan, perfileman, drama dan pempengaruh media sosial tanah air.
Untuk minggu pengenalannya pada 3 April ini, pukul 11.00 pagi di TV2, artis undangan dipilih Ezlynn, Raf Yaakob dan Munif Hijjaz mengetengahkan perbincangan kupasan tajuk tentang “Hijrah Selebriti”. Pastinya tajuk ini bersesuaian mengambil berkat bulan Ramadan yang sedang dijalani seluruh sumat Islam.
Pelbagai segmen dirancang bagi mewarnai program ini termasuklah segmen #ApaCerita? iaitu topik mingguan pilihan yang disampaikan secara santai oleh pengacara dan tetamu jemputan. Menyusul berikutnya segmen #ApaYangBest? yang mengutarakan berita dalam industri keatif tempatan dan antarabangsa yang berlaku minggu yang sama atau minggu sebelumnya.
Sementara itu dalam segmen #ZoomSikit!, berkongsi platform untuk artis baharu dan lama, come back artis baharu, lagu baharu single terbaru, drama trending atau akan datang, dan tarian / nyanyian yang mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
Ceriakan hujung minggu anda dalam segmen #BeraniKeTidak? dimana hos dan tetamu undangan meluangkan masa bermain permainan rakyat / game santai. Pastinya sesuatu yang menarik kerana penonton terutama dalam kalangan remaja dapat mengetahui serba sedikit berkaitan juga berkongsi pendedahan tentang permainan rakyat yang semakin dilupakan.
Sementara itu dalam segmen #Dah Trending! pula penonton dapat menyaksikan video trending / viral dalam media sosial sumber daripada Youtube, TikTok, FB, Instagram dan platform media digital.
Akhir sekali saksikan segmen #TahuKe? yang mana masa penonton diambil dalam 30 saat bersama-sama selebriti dakwah dengan perkongsian ilmu bermanfaat dunia akhirat.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my). Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.
Sumber: RTM
0 Comments
Post a Comment