Bukan Syurga Pilihan Paparkan Realiti Perkahwinan  Penuh Kehancuran

Saksikan Bukan Syurga Pilihan lakonan Ungku Ismail Aziz dan Nadiya Nisaa mulai 2 Januari 2023, setiap hari isnin hingga jumaat jam 6.00 petang di slot Tiara Astro Prima.

Info Drama Bukan Syurga Pilihan

  • Produksi : MIG Productions Sdn Bhd
  • Pengarah : Ungku Ismail Aziz
  • Novel : Gantung karya AH Clans 
  • Siaran : Astro Prima
  • Mula Tayangan : 2 Januari 2023
  • Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
  • Episod : 40
  • Lagu Tema : Fai Ramli - Tersakiti


Pelakon Drama Bukan Syurga Pilihan

  • Nadiya Nisaa sebagai Tihani Zahira
  • Ungku Ismail Aziz sebagai Megat Ariff
  • Fezrul Khan sebagai Zaid
  • Aishah Ilias sebagai Sofea
  • Azizah Mahzan sebagai Dato' Ilya


Sinopsis Drama Bukan Syurga Pilihan

Bahtera perkahwinan Tihani dan Zaid karam apabila Zaid menceraikan Tihani. Tihani yang kini menjanda tidak sangka apabila dia dipinang Megat Ariff. Atas saranan bapanya, Tihani bersetuju untuk bernikah dengan jejaka kaya dan tampan tersebut yang juga merupakan pelanggan syarikatnya. Namun tanpa pengetahuan Tihani, Megat Ariff sebenarnya bersetuju untuk berkahwin dengannya supaya dia tidak perlu berkahwin dengan Sofea; gadis pilihan ibunya, Dato’ Ilya.

Penyatuan Tihani dan Megat Ariff yang pada awalnya mempunyai niat yang berbeza, telah hadir cinta. Megat Ariff semakin sayang pada Tihani dan mula ingin meneruskan perkahwinan dan melangsungkan tugasnya sebagai suami tetapi keadaan menjadi sukar apabila bekas suami Tihani yang gila talak sering
mengganggu mereka. Dato’ Ilya juga meminta Sofea untuk terus menggoda Megat Ariff dan memfitnah Tihani sehingga anaknya terkesan.