Info & Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta Akasia TV3

Saksikan drama Terima Kasih Cinta lakonan Anna Jobling dan Amar Baharin mulai 30 November 2022 pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.

Info Drama Terima Kasih Cinta

  • Produksi : Global Station Sdn Bhd
  • Pengarah : Azri Azhar
  • Penulis Skrip : Ayuni Zamani
  • Novel : Terima Kasih Cinta - Aisya Sofea
  • Siaran : TV3
  • Tayangan : 30 November 2022
  • Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
  • Episod : 20
  • OST : Jangan Lepas Tanganku - Sufi Rashid

Pelakon Drama Terima Kasih Cinta

  • Amar Baharin sebagai Dr Harris
  • Anna Jobling sebagai Wan Raihana
  • Rita Nadira sebagai Dr Nora
  • Azrel Ismail sebagai Razman
  • Aida Khalida sebagai Ummi
  • Maryam Annisa sebgai Lea
  • Kiky Hannah sebagai Yaya
  • Noniswara sebagai Tokma
  • Azhar Amir sebagai Tokpa
  • Faez Malek sebagai Dr Adam

Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta

Biarpun sudah menginjak usia 33 tahun, Raihana belum terdesak untuk menamatkan zaman bujangnya namun dia menerima lamaran Harris yang mahu menjadikan Raihana sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anaknya iaitu Lea dan Yaya.

Mampukah kebahagiaan jadi miliknya jika kasih sayang datang dari Yaya dan Lea sahaja? Benar, cinta bukan segalanya. Tetapi penting dalam membina rumahtangga bahagia. Apakah cinta mampu dimilikinya jika cinta lelaki itu hanya pada arwah isterinya?