Info & Sinopsis Telefilem Abah di TV1

Saksikan telefilem Abah yang diinspirasi dari novel karya Tajul Zulkarnain pada hari sabtu ini jam 10.00 malam di Panggung RTM TV1.

Info Telefilem Abah

  • Produksi : Meridian Interest Sdn Bhd
  • Pengarah : Isma Yusuf
  • Siaran : TV1
  • Tayangan : 3 Disember 2022
  • Masa : Sabtu | 10.00 Malam

Pelakon Telefilem Abah

  • Beto Kusyairy sebagai Radzi/Along
  • Wan Hanafi Su sebagai Abah
  • Nadhir Nasar sebagai Nukman
  • Fatimah Abu Bakar
  • Sharifah Sofea
  • Nadia Aqilah
  • Firdaus Kareem
  • Syed Irfan

Sinopsis Telefilem Abah

Setelah 10 tahun merantau ke luar negara, Radzi @ Along kembali ke kampung setelah dipujuk adiknya, Nukman. Nukman mahu Radzi melihat Abah mereka yang sakit dan mengalami stroke akibat sikap pentingkan diri Angah yang mahukan geran tanah Abah untuk dipajak.