Info & Sinopsis Drama Sekali Aku Bahagia di TV3

Saksikan Sekali Aku Bahagia lakonan Ummi Nazeera, Nabila Huda dan Keith Foo mulai 28 Mac 2023 pada setiap hari isnin hingga khamis jam 6.00 petang di TV3.

Info Drama Sekali Aku Bahagia

  • Produksi : Mache All Star United Sdn Bhd
  • Pengarah : Mohd Fazli Yahya
  • Idea Asal : Mama Bella
  • Penulis Skrip : Shahremy Ikmal, Mama Bella
  • Siaran : TV3
  • Mula Tayangan : 28 Mac 2023
  • Masa : Isnin-Khamis | 6.00 Petang
  • Episod : 15

Pelakon Drama Sekali Aku Bahagia

  • Ummi Nazeera sebagai Rania Farahain
  • Nabila Huda sebagai Aireen
  • Keith Foo sebagai Muaz
  • Azhan Rani sebagai Naufal
  • Meor Mohd sebagai Lan
  • Duerra Mitilda sebagai Delisha
  • Qistina Raisah sebagai Eli
  • Danish Iskandar sebagai Andre
  • Danish Hazriq sebagai Firas
  • Nik Ramly Rejab sebagai Kamil
  • Ayu Azlina sebagai Milah

Sinopsis Drama Sekali Aku Bahagia

Aireen dan Naufal adalah adik-beradik. Aireen jatuh cinta dengan Muaz, pekerja di kedai abangnya. Walaupun sudah berkahwin dengan Rania, Muaz telah menikahi Aireen tanpa memberitahu status perkahwinannya.

Konflik bermula apabila Aireen mendapat tahu tentang rumah tangga Muaz dan Rania yang sudah pun mempunyai seorang anak perempuan. Rania tidak sedar akan kecurangan suaminya.

Keadaan menjadi lebih rumit kerana Aireen tidak mahu bermadu dan hanya mahu memiliki Muaz untuk diri sendiri. Rania pula kini harus bangkit dan berjuang demi masa depan anaknya.