Akasia TV3 membawakan sebuah drama terbaru Bisik-Bisik Gelora diadaptasi dari novel Bisik-Bisik Gelora karya Fauziah Ashari menggantikan drama 7 Hari Mencintaiku 3.

Drama Bisik-Bisik Gelora menampilkan barisan pelakon popular seperti Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah dan Afifah Nasir akan bersiaran setiap hari mulai 21 Mei 2022.


Info Bisik-Bisik Gelora

  • Produksi : Global Station Sdn Bhd
  • Pengarah : Riza Baharudin
  • Penulis Skrip : Intan Zarina Mohd Yasin
  • Siaran : TV3/Disney+Hotstar
  • Tayangan : 21 Mei 2022
  • Masa : Isnin-Ahad | 7.00 Malam
  • Episod : 35
  • Lagu Tema : Marsha Milan - Cinta

Pelakon & Watak Bisik-Bisik Gelora

  • Raysha Rizrose - Banin Arumi
  • Redza Rosli - Jad Izzudin
  • Gambit Saifullah - Fakhri
  • Afifah Nasir - Nada
  • Hafidz Roshdi - Wari
  • Ruminah Sidek - Nek Muya
  • Kodi Rasheed - Yahya
  • Shakilla Khoriri - Juni

Sinopsis Bisik-Bisik Gelora

Banin Arumi atau Umi seorang gadis bandar yang nakal dan lincah dihantar oleh bapanya, Tuan Akalil ke kampung agar Umi akan berubah tingkah laku lalu bertemu Jad, pemuda kampung yang nampak alim di hadapan keluarganya namun seorang yang sangat nakal.

Mereka terperangkap dan dipaksa kahwin. Pada malam perkahwinan, Jad ditangkap dan dipenjara, Arumi pula membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad.

Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.