Saksikan Telefilem Artis Pujaanku Mai Beraya menampilkan Fikry Ibrahim dan Emma Maembong sebagai teraju utama, ditayangkan secara percuma di Tonton Cinema sempena Hari Raya Aidilfitri mulai 1 Mei 2022.


Info Artis Pujaanku Mai Beraya

  • Produksi : Luqsar Kretif Sdn Bhd
  • Pengarah : Heykal Hanifah
  • Penulis Skrip : Siti Solehah Abdul Ghani
  • Siaran : Tonton Cinema /TV3
  • Tayangan : 1 Mei 2022
  • Durasi : 1 jam 30 minit
  • Genre : Romantik, Komedi

Pelakon & Watak Artis Pujaanku Mai Beraya

  • Fikry Ibrahim - Zain
  • Emma Maembong - Shafinas
  • Hairi Safwan - Pak Su Nizam
  • Faezah Elai - Husna
  • Sheila Mambo - Aminah
  • Sherry Aljeffri - Tok Piah
  • Sharifah Juairiah - Kak Tim
  • Shamimi - Ecah

Sinopsis Artis Pujaanku Mai Beraya

Satu kampung kecoh dan teruja apabila Zain membawa pulang rakannya, seorang influencer dan artis paling popular di Malaysia, Shafinas untuk merasai pengalaman pertama kali sambut Ramadan di luar bandar setelah bertahun di luar negara sehingga mencetuskan suasana lucu dan ceria di kampung mereka. Zain yang mempunyai perasaan pada Syafinas cuba untuk meminang Syafinaz pada malam raya.