The Penthouse sebuah drama paling popular pada tahun 2020 yang ditayangkan di saluran SBS Korea sehingga disambung ke musim ketiga. Kini TV3 membawa The Penthouse 2: War in Life untuk penonton di Malaysia menerusi slot Chamsarang TV3 pada setiap hari selasa hingga khamis pukul 11.00 malam mulai 17 Mei 2022.

Info The Penthouse 2 : War In Life

  • Produksi : Studio S (SBS), Chorokbaem Media
  • Pengarah : Joo Dong Min
  • Penulis Skrip : Kim Soon Ok
  • Siaran Asal : SBS
  • Tayangan Asal : 19 Februari 2022 - 2 April 2022
  • Episod : 13
  • Durasi : 1 jam 15 minit
  • Genre : Thriller, Misteri, Keluarga

Barisan Pelakon & Watak The Penthouse 2 : War In Life 

  • Kim So Yeon - Cheon Seo Jin
  • Eugene - Oh Yoon Hee
  • Lee Ji Ah - Na Ae Gyo
  • Uhm Ki Joon - Joo Dan Tae
  • Yoon Jong Hoon - Ha Yoon Chul
  • Shin Eun Kyung - Kang Ma Ri
  • Bong Tae Kyu - Lee Gyu Jin
  • Yoon Joo Hee - Go Sang Ah
  • Kim Hyun Soo - Bae Ro Na
  • Kim Young Dae - Joo Seok Hoon
  • Han Ji Hyun - Joo Seok Kyung
  • Choi Ye Bin - Ha Eun Byul
  • Jin Ji Hee - Yoo Je Ni
  • Lee Tae Vin - Lee Min Hyuk 

Sinopsis The Penthouse 2 : War In Life 

The Penthouse mengisahkan perebutan harta, persaingan dalam pendidikan serta keinginan untuk menjadi yang terbaik. Ini menggambarkan solidariti dan dendam wanita yang tidak mempunyai pilihan selain menjadi wanita jahat untuk melindungi diri dan anak-anak mereka.

Dalam The Penthouse 2 : War In Life, selepas berjaya menjatuhkan Oh Yoon Hee, Cheon Seo Jin dan Joon Dan Tae membuat keputusan untuk berkahwin. Majlis pertunangan mereka terganggu dengan kemunculan semula Oh Yoon Hee dan Ha Yoon Cheol yang baru kembali dari Amerika Syarikat.

Apabila rahsia terbongkar, hubungan antara manusia di Hera Palace terjerat dan kemudiannya muncul susuk tubuh misteri yang akan berhadapan dengan mereka.