Saksikan Telefilem Matahari Tak Bercahaya yang diinspirasikan dari kisah benar menampilkan Nad Zainal dan Fattah Amin sebagai teraju utama, ditayangkan pada 11 Jun 2022, pukul 10.00 Malam di Cerekarama TV3.


Info Matahari Tak Bercahaya

  • Produksi : Zeel Production
  • Pengarah : Uchee Fukada
  • Penulis Skrip : Maizura Ederis, Mar Mohammad
  • Siaran :  Cerekarama TV3
  • Tayangan : 11 Jun 2022
  • Hari : Sabtu | 10.00 Malam
  • Pelakon : Nad Zainal, Fattah Amin, Noorkhiriah, Lydiawati, Hafreez Adam, Esma Daniel, Aidit Noh, Mimi Ernida, Irfan Zaini

Sinopsis Matahari Tak Bercahaya

Mastura seorang penjaga taska yang bertugas menjaga anak-anak tadika dan juga isteri kepada Shazan. Mereka hidup dalam keadaan gembira di kampung dan disenangi orang kampung. 

Sehinggalah satu insiden dia perlu ke hospital menerima rawatan dan berlaku kejadian tidak diminta apabila dia dijangkiti HIV. Dari situ perjalanan hidupnya berubah, dari disenangi kini dibenci kerana menjadi pesakit HIV