A Dream of Splendor sebuah drama bergenrekan sejarah dan romantik yang dibintangi oleh Liu Yi Fei yang sebelum ini terkenal dengan filem Mulan bersama Chen Xiao, Lin Yun dan Liu Yan sebagai peneraju utama.

Info A Dream of Splendor

  • Pengarah : Yang Yang
  • Penulis Skrip : Zhang Wei
  • Siaran : WeTV
  • Tayangan : 2 Jun - 7 Julai 2022
  • Hari : Khamis - Ahad
  • Episod : 40
  • Durasi : 45 minit
  • Genre : Historical, Romantik


Pelakon A Dream of Splendor

  • Liu Yi Fei - Zhao Pan'eR
  • Chen Xiao - Gu Qian Fan
  • Lin Yun - Song Yinzhang
  • Liu Yan - Sun Sanniang
  • Xu Hai Qiao - Ou Yang Xu
  • Dai Xu - Chi Yan Nei 
  • Guan Yun Peng - Chen Lian 
  • Jia Nai - Zhang Hao Hao
  • Daisy Li - Ge Zhao Di


Sinopsis A Dream of Splendor

Zhao Pan'er pemilik kedai teh di Qiantang, mendapat berita yang tunangnya, Ouyang Xu telah mendapat ketiga dalam peperiksaan kerajaan dan akan berkahwin dengan anak pembesar kerajaan. Pan'er tidak percaya Ouyang berubah hati lalu pergi ke ibu kota, Bian Jing untuk mendapatkan kepastian dari tunangnya.

Dalam perjalanan tersebut, Zhao Pan'er juga menyelamatkan kawan baiknya, Sun Sanniang yang cuba membunuh diri selepas rumah tangganya hancur. Dalam masa yang sama, dia juga menyelamatkan Son Yin Zhang yang didera dan dipukul oleh suaminya. 

Apabila Ouyang mendapat tahu Zhao Pan'er datang ke Bian Jing untuk mencarinya, dia cuba mencari cara untuk menghalau Pan'er dan rakan-rakannya dari ibu kota. Mereka bertiga membuat keputusan untuk tinggal di Bian Jing selepas dibantu oleh Gu Qian Fan. 

Tidak mahu terus mengharapkan bantuan Qian Fan, mereka mahu bergantung kepada kebolehan sendiri untuk menyara hidup mereka di ibu kota. Zhao Pan'er, Sanniang dan Yinzhang akhirnya berjaya membuka kedai teh di tengah kota Bian Jing.