info & Sinopsis Drama Korea Reborn Rich

Reborn Rich diadaptasi dari web novel Youngest Son Of Colongmerate yang ditayangkan mulai 18 November 2022 di saluran JTBC dengan menampilkan barisan pelakon popular Korea Selatan seperti Song Joongki, Lee Sung Min, Shin Hyun Bin dan ramai lagi.

Info Drama Reborn Rich

  • Pengarah : Jeong Dae Yun
  • Penulis Skrip : Kim Tae Hee
  • Siaran : JTBC, ViuTV
  • Tayangan : 18 November - 23 Disember 2022
  • Episod : 16
  • Durasi : 1 jam 15 minit
  • Genre : Romantik, Fantasi, Politik

Pelakon Drama Reborn Rich

  • Song Joong Ki sebagai Jin Do Joon / Yoon Hyun Woo
  • Lee Sung Min sebagai Jin Yang Cheol
  • Shin Hyun Bin sebagai Seo Min Young
  • Yoon Je Moon sebagai Jin Young Ki
  • Kim Jung Nan sebagai Son Jung Rae
  • Jo Han Chul sebagai Jin Dong Ki
  • Seo Jae Hee sebagai Yoo Ji Na
  • Kim Young Jae sebagai Jin Yoon Ki
  • Jung Hye Young sebagai Lee Hae In
  • Kim Hyun sebagai Lee Pil Ok
  • Kim Shin Rok sebagai Jin Hwa Young
  • Kim Do Hyun sebagai Choi Chang Je

Sinopsis Drama Reborn Rich

Yoon Hyun Woo seorang setiausaha yang sangat setia berbakti kepada keluarga Jin yang mempunyai empayar perniagaan terbesar iaitu Sunyang Group. Suatu hari, kesetiaan Yoon Hyun Woo menjadi harga yang perlu dibayar apabila Keluarga Jin telah menuduh dia menggelapkan duit syarikat.

Dia kemudiannya dibunuh dan meninggal dunia namun berlaku keajaiban apabila roh Yoon Hyun Woo dibangkitkan dalam tubuh ahli keluarga Jin yang termuda iaitu Jin Do Joo. Selepas menyedari apa yang berlaku, Yoon Hyun Woo membuat keputusan untuk membalas dendam.

Yoon Hyun Woo membuat rancangan untuk menjatuhkan Jin Yang Chul yang merupakan CEO Sunyang Group. Dengan menggunakan identiti baru tersebut, dia mahu merampas syarikat tersebut dan membalas dendam kepada orang yang telah membunuh dirinya.