Info & Sinopsis Drama Biarkan Ia Pergi di Samarinda TV3

Saksikan Drama Biarkan Ia Pergi diadaptasi dari novel Biarkan Ia Pergi karya Liza Nur yang ditayangkan mulai 11 Ogos 2022, setiap hari isnin hingga khamis pukul 10.00 malam di slot Samarinda TV3

Info Drama Biarkan Ia Pergi

  • Produksi : SR One Sdn Bhd
  • Pengarah : Fairuz Loy
  • Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan, Liza Nur
  • Siaran : TV3
  • Mula Tayangan : 11 Ogos 2022
  • Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
  • Episod : 20
  • Lagu Tema/OST : Asfan Shah - Akulah Lelakimu

Info & Sinopsis Drama Biarkan Ia Pergi

  • Isyariana sebagai Alissa Othman
  • Amar Baharin sebagai Zaquan Zachery
  • Mior Darwish sebagai Zaquan Ameen
  • Asha Merican sebagai Fara
  • Hariz Hamdan sebagai Badry
  • Idzham Ismail sebagai Haris
  • Lia Natalia sebagai Daniela
  • Sabhi Saddi sebagai Aqasya
  • Sabhi Saddi sebagai Aidil Aqasya
  • Diyya Eqa sebagai Tengku Asmidar

Sinopsis Drama Biarkan Ia Pergi

Alisa Othman mempunyai kehidupan yang diidamkan oleh ramai wanita. Alisa sangat bersyukur kerana dikurniakan dengan sebuah keluarga yang penyayang, teman lelaki yang sentiasa di sisi, dan kawan setia yang menjadi tempat bergantung. Namun, nasib kehidupan Alisa berubah selepas bertemu dengan Zaquan Zachary.

Dalam keadaan khayal yang tidak sedarkan diri, secara tidak sengaja, Zaquan telah menyakiti Alisa dan menyebabkan Alisa hilang arah dan segala yang dimilikinya. Alisa telah membawa diri selepas kejadian tersebut. Zaquan tekad untuk mencari Alisa demi menebus kesalahannya dan berjanji akan membetulkan semula keadaan walau apapun halangan yang mendatang.

Apakah hasil dari pertemuan semula mereka, adakah segala usaha Zaquan itu hanya sia-sia sahaja? Dapatkah Zaquan menebus kesilapannya terhadap Alisa?