Sumber: Astro

Projek: Anchor SPM sebuah drama bersiri premium yang ditayangkan di Astro Citra kini ditayangkan semula bermula Februari ini, setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam di Astro Citra.

Sebuah drama bersiri arahan Razaisyam Rasyid yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Pusaka dan Saka Nan Sepi, Projek: Anchor SPM mengisahkan sekumpulan pelajar sekolah menengah yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Info Projek: Anchor SPM
  • Produksi : Alpha 47
  • Pengarah : Razaisyam Rasyid, Anwar Ashraf
  • Penulis Skrip : Anwar Ashraf, Khor Tai Yieng
  • Siaran : Astro Citra
  • Tayangan : 15 Mac 2021
  • Episod : 8

Barisan Pelakon & Watak Projek: Anchor SPM
  • Daiyan Trisha - Aaidaa 
  • Aedy Ashraf - Aizat 
  • Shasha Abedul - Jaja 
  • Nadhir Nasar - Hilmi 
  • Chubb-E - Botol 
  • Adlin Aman Ramlie - Tuan Awang 
  • Tony Eusoff - Zubir 
  • Daniella Sya - Tai Ying 
  • Susan Lankester - Puan Rokiah 
  • Fadhli Masoot - Zaim 
  • Taufiq Izmir - Cheng 
  • Aida Khalida - Ibu 
  • Hasnul Rahmat - Khairuddin

Sinopsis Projek: Anchor SPM

Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, Pahang yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang berprestij. Aizat, kapten pasukan ragbi yang disegani, bersama Hilmi, iaitu Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang, serta rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Botol, adalah rakan karib dan sentiasa bersama di kala waktu susah dan senang.

Sementara itu, Aaidaa, pelajar paling cemerlang akademik STIA yang gemar menyendiri, bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja, yang kurang mahir pendidikan, untuk bersedia hadapi peperiksaan terbesar, SPM. Di samping itu, setelah mencuri keluar beberapa kali daripada kampus sekolah pada waktu malam, Aizat akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas.

Pengetua Awang, memberi syarat kepada Aizat supaya tidak dibuang sekolah dan perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM yang sudah hampir. Justeru, Aizat dengan terdesaknya cuba mencari jalan keluar, dan akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa, dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Sumber: Astro